Free Review Kedai Cuci Kereta atau Car Wash Terbaik di Kuantan | Meksah.com |
Di mana Kedai Cuci kereta yang terbaik, harga berpatutan di Kuantan?
Kali ini Meksah ingin berkongsi Free Review Kedai Cuci kereta atau pun Car Wash yang memang Meksah kerap guna khidmat pada waktu - waktu penting dan emergency.
Pengalaman
Nak di jadikan Cerita, Jika korang pernah baca satu artikel yang Meksah kongsikan Minggu Lepas di mana waktu tu Banjir kilat Di Bandar Kuantan, Rumah Meksah juga dinaiki air waktu ini iaitu 3 Januari 2021. Nak dijadikan cerita, tak perasan langsung yang kereta Meksah tu masuk air rupanya. Pada hari kejadian, Meksah dan Keluarga alihkan kenderaan ke tempat yang selamat, selepas itu Meksah pergi kerja seperti biasa. Kemudian yang tak bestnya Dua hari kemudiannya, Meksah pergi kerja, kereta bau hapak. Duk cari mana hapak datang, memang tak jumpa. hahahha adoila...
Dalam 11am macam tu, Bos call minta datang ke satu tempat ambil barang bantuan Mangsa Banjir untuk dihantar ke Wisma SUK Pahang. Waktu itu, Pakai tiga kereta pergi angkut barang termasuk kereta bos. Nak dijadikan cerita kelakarnya, Masa Meksah buka pintu belakang, angkat kerusi belakang tu, hahahhahha, Air dah macam boleh ternak Ikan Gapi. hahahhahah adoilah.... Minta tolong kawan lah cedok - cedok air.. hahhahaha... memang kelakar. bagi kurang sikit air, baru angkat kotak barangan bantuan terus ke Wisma Pahang.
Dalam kereta tu, duk fikir mana datangnya air, last fikir punya fikir, mungkin masa air naik dekat depan rumah la ni, dah tak sedar. ahhahaha.. adoilah..
Kemudian dah Lepas Waktu kerja, memang tak puas hati, So bawak kereta ke N1 Car Spa Dekat Jalan Air Putih Kuantan.
Lokasi :
N1 Car Spa
N1 Car Spa
Jalan Air putih, 25300 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Untuk Pertanyaan ataupun Tempahan :
Mohamad Fuad
Anda Boleh terus Klik Link Phone Number di atas, dia terus ke Whatsapp Encik Fuad.
Buat cucian kereta apa tu?
Jadi bawak lah kereta pergi cari Encik Fuad tanya pandangan ape nak kena buat ni, air ni nampak. haahaha... Maka, Cadangan yang diberikan ialah cabut kusyen, dan cabut habis kat bawah karpet tu, cuci bagi bersih, sental banyak-banyak, dan Juga Meksah amek cucian Kusyen seat sekali. Dua malam jugak kereta tidur sana. Sebab Meksah dah hantar lewat petang kan. Jadi satu hari memang tak sempat kering lah dengan cuaca hujan tak menentu pada minggu lepas di kuantan ni. Jadi siap hari Jumaat baru ini. Perasaan tengok kereta tu dah Macam Kereta Baru. Memang terbaik servis diaorg. Jujur dan jaga Kualiti yang memang terbaik bagi Meksah.
Meksah ada anak kecil baru nak cecah 3 tahun, Nak bagitahunya budak kecil ni sorang nampak makanan je mesti nak makan terus dalam kereta, Dengan iltizam yang tinggi, lepas ni dah tak nak lah makan - makan lagi dalam kereta.. ahhaaah kelakar betul Meksah fikirkan balik. Jadi nya isu lipas kereta pun ada ni ha sekali masa buat cucian ni, Meksah ambil sekali cucian buang lipas lipas tu hingga lubang cacing orang kata. Terima Kasih kat Fuad memang bantu selesaikan masalah Sampai Zero isu dah dalam kereta tu, Memang Terbaik.
Mohamad Fuad +60122601381
Pakej biasa yang ada di N1 Car Spa.
Untuk Pertanyaan ataupun Tempahan :
Mohamad Fuad +60122601381
Kalau ada kes emergency macam Meksah ni memang berbaloi buat dengan diaorg, tapi kalau cucian biasa pun mereka buat je dan memang terbaik cucian. Harga pun berpatutan dan korang tak kan menyesal. Sebab servis mereka memang terbaik.
Rupa Kereta selepas Cucian :
Keadaan Kusyen Selepas Cucian, Memang dah macam kereta baru. Depan Mata tu memang jatuh cinta lagi sekali.
Tak Sangka juga mereka juga betul betul gonyoh kawasan Stereng tu. Pernah Meksah cuci sendiri tapi tak tanggal, Serius diaorg memang buat kerja alang-alang terus siapkan semua.
Jadi kepada anda pembaca Meksah, kalau anda ada di sekitar kuantan, boleh la singgah ke sini untuk cucian yang betul-betul secara keseluruhan, Mereka memang buat cucian Kaw-Kaw.
Review Meksah ni memang ikhlas dari hati, sebab orang perempuan kan? Kalau tak setel masalah memang Membuatkan Masalah yedok?
Hahahahhaha... Maaflah, Meksah ni sebenarnya memang Happy Go Lucky, ada je kelakarnya, tapi orang sekitar je lah fahamnya. hahahha... okai okai.. (Angkat bakul Ni, hahahha)
Sekian sahaja Free Review Dari Meksah.
Mangsa Mini Banjir Kilat,
Kuantan, Pahang.
Tazkirah Pendek:
Allah swt uji sebab Allah swt sayang kita. Hati Meksah lebih tertumpu kepada Semua Mangsa Banjir yang Lagi banyak di uji. Mudah-mudahan Mereka diteguhkan Iman dan Takwa Kepada Allah swt sepanjang Tempoh Ujian.
Bak Kata Ustaz Ebit Lew : Allah swt Uji kerana Allah Swt Sayang Kita.
Jom Lihat Sekejap Sekitar Bantuan Ustaz Ebit Lew sepanjang banjir di Pahang:
5 Januari 2021 : 1000 T-SHirt dan 1000 Telekung untuk Mangsa Banjir di Pahang.
>
1 Comments
Syukurlah kereta mek boleh dibaiki.
ReplyDelete