Pengalaman pahit penulis pada 3 Januari 2021

5 Januari 2021 : Dikala hujan Lebat melimpahi bumi Kuantan, Meksah menanti hujan rahmat ini beransur pulih. 

Pada jam 10.00 pm sebentar tadi, Meksah mencari Maklumat Terkini berkenaan jangkaan Cuaca Semasa. Selalunya akan melihat di Jabatan Meteorologi Malaysia sama ada info di Facebook ataupun di Twitter. Anda boleh je terus lihat dan tekan Link yang telah saya highlight kan di atas, supaya anda juga boleh elak sebarang Bencana Alam iaitu Banjir kilat ataupun banjir yang di luar jangkaan kita semua. Pada saat ini, Jabatan Meteorologi menjangkakan bahawa sehingga jam 2.00 am 6 Januari, Hujan lebat akan beransur pulih di Sekitar Kuantan, Pahang. Namun begitu, ada banyak lagi area lain yang disenaraikan. Antaranya ialah : Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor , Sarawak, Sabah, Labuan. Boleh klik di sini untuk maklumat Lanjut.

Meksah berharap semua orang di Malaysia kini dalam keadaaan yang selamat dan dirahmati Allah swt. Pengalaman Banjir Kilat dan Banjir yang di luar jangkaan ini sememangnya Menguji Keimanan dan ketakwaaan kita kepada Allah swt. Meksah sendiri sudah mengalami banjir kilat 3 Januari yang lalu di Kuantan. Rezeki pada masa itu air naik tak lama sampai ke malam, dan kami sekeluarga sempat keluar dan pindahkan kenderaan ke tempat yang lebih selamat.

Apa yang ingin meksah kongsikan di sini ialah, kekalkan dan updatekan diri anda dengan info-info terkini, sama ada daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, ataupun Group Whatsapp Negeri, Daerah atau Kampung anda supaya anda Sentiasa berwaspada dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Dalam kesibukan semua dengan info banjir dan bencana alam, kita masih perlu menjaga SOP Covid-19 iaitu Face Mask , Jaga Jarak, dan seumpamanya supaya anda tidak menjadi begini : Sudah Terhantuk Baru Tengadah. Pastikan anda juga updatekan diri anda dengan statistik COvid-19 dari sini :


1. Majlis Keselamatan Negara

2. KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

Satu lagi nasihat untuk anda yang ingin berjalan ke @ dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur, rancang lah perjalanan anda dari sini.

Begitu Lebat Hujan Pagi ini, mudahan semuanya dalam keadaan yang baik-baik..

>

0 Comments