26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021 | Meksah.com |
26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021
Bila dipanggil Mommy, siapa mommy tu? aha...!
Itulah panggilan untuk Ibu , Bonda , Emak , Ma , Mama , Emok, Mok, dan macam-macam panggilan lagi yang korang selalu panggil Mak Korang betul tak? Sebab apa berbeza panggilan? Sebab Mak masing-masing punyai citarasa panggilan yang berbeza lah...! hehe..
Hari ini Meksah nak berkongsi top mommy blogger popular di Malaysia yang korang belum baca dan tahu. Yelah, ramai dikalangan mommy blogger di Malaysia ini dalam diam dah lama menulis blog, dan ada juga yang baru je memulakan menulis blog. Mommy ni ada aura positif yang kuat kalau takde mommy, macam mana sesebuah rumahtangga itu nak berfungsi, yedok? hehe...
Ramai juga dikalangan blog mommy di bawah ini antara yang blog paling banyak dikunjungi. Mana blog mommy yang baru mula tu, bagila support sikit. hehe.. Untuk makluman anda, mereka ini semua memang awesome dan hebat, dengan ada yang miliki pelbagai pengalaman sepanjang menjadi seorang Mommy dan mereka kongsikan di Blog mereka untuk informasi dan panduan anda semua. Memang tak rugi anda baca list di bawah ini. Jomlah tengok seterusnya..:
Top Mommy blogger popular Malaysia :
#1 - Siti Awadah
Ibu kepada 6 anak. Surirumah sepenuh masa, seorang yang menjana income dengan Adsense.
Siti Awadah merupakan seorang Fulltime Blogger Mom Lifestyle Blog. Beliau merupakan pengasas Kumpulan Biters iaitu Bite Media Consultants. Seorang ibu kepada 6 orang anak dan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia Blog iaitu 4 Tahun bermula pada tahun 2017.
Asal : Kelantan
Usia Blog : 4 tahun, bermula 2017
Link Blog : www.sishawa.com
#2 - Ardini Humaira
Ibu kepada 2orang cahaya mata, keguguran 5x, berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5x keguguran), minat menulis sejak zaman sekolah. buat blog sekadar suka suka macam diari awal 2008, serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010
Usia Blog : 13 Tahun, Bermula 2008
Link Blog : www.ilhamdini.com
#3 - Nabiha Mohd Mashut
Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.
Usia Blog : 14 Tahun, Bermula 2006
Link Blog : www.biemohd.com
#4 - Mrs Pip
Ibu kepada 3 anak, surirumah sepenuh masa, suka layan KDrama, berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013.
Usia Blog : 6 Tahun, Bermula 2015
Link Blog : www.mrspip.com
#5 - Lea Razali
Ibu kepada 2 orang anak,suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Blog perkongsi resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog
Usia Blog : 7 Tahun, Bermula 2013
Link Blog : www.eksplorasilea.com
#6 - Azlinda
Mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga
Usia Blog : 8 Tahun, Bermula 2012.
Link Blog : www.azlindaalin.com
#7 - Fuzy Rahamah Hamid
Umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa, mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS).
Usia Blog : 15 Tahun, Bermula 2006.
Link Blog : www.iamfuzy.com
#8 - Mamy Syu
Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan,review,resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun).
Usia Blog : 8 Tahun, Bermula 2012
Link Blog : annursyuhadah.com
#9 - Alia Farhan Said
Mom of 2 princesses... Love cooking.. Travelling.. Mula berblog utk suka2.. Meluahkan perasaan n stress masa belajar dulu2
Usia Blog : 13 Tahun Bermula 2008
Link Blog : www.aliafarhan.com
#10 - Wan Rokiah (Wawa)
Ibu kepada seorang anak. Surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense. Juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.
Usia Blog : 8 Bulan - Bermula May 2020
Link Blog : www.mommywawa.com
#11 - Chaza Xiaojie
Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil. Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji
Usia Blog : 10 Tahun, Bermula June 2011
Link Blog : www.cxopportunities.com
#12 - Nurul Aleya (apakatamommy)
Mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Jb, terus join jdt blogger dan buat blog baru. start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi.
Usia Blog : 10 Bulan - Bermula March 2020
Link Blog : www.apakatamommy.com
#13 - Nora (Izarra)
Mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka2 update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update. sebab masih sayang pada blog maka masih ada www.ummizarra.com
Usia Blog : 13 Tahun, Bermula 2008
Link Blog : www.ummizarra.com
#14 - Ciktom
Ibu kepada sepasang cahaya mata. fulltime mommy blogger. awal berblog byk share tips, tutorial blogging & cara buat duit online. sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling & emas sebagai hobi..
Usia Blog : 11 Tahun, Bermula 2010
Link Blog : www.ciktom.com
#15 - Yaya Azura
Ibu kepada 2 oranv anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.
Usia Blog : 11 Tahun, Bermula Jan 2010
Link Blog : www.yayaazura.com
#16 - Rozita
Ibu kepada 5 orang anak, 4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah, menulis blog bermula sebagai hobi, menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti, tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi.
Usia Blog : 13 Tahun, Bermula 2008
Link Blog : www.ceritaita.com
#17 - Bonde Zaidalifah
Bonde kepada seorang puteri, Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen.
Usia Blog : 11 tahun, bermula 2010
Link Blog : www.bondezaidalifah.com
#18 - Fadzi Razak
Fadzi merupakan mak kepada 2 orang anak lelaki, Aneeq dan Anas. Mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Selalu menulis berkaitan dengan family lifestyle. Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah. Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti. Bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah,
Usia Blog : 6 tahun, bermula 2014
Link Blog : www.fadzirazak.com
#19 - Maesarah
Mama anak 3. Asal menulis blog sekadar suka suka dan update tentang penyusuan anak, then jadi blog bisnes kejap. Pastu sharing tentang aktiviti seharian dan sekolah
Usia Blog : 13 Tahun, Bermula 2007
Link Blog : www.mysarahstories.com
#20 - Atul Hamid
Merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.
Usia Blog : 5 Tahun. Bermula Sept 2016
Link Blog : www.atulhamid.com
#21 - Zaza Azman
Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mama utk sepasang anak2 monsta comel. Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yg mengisarkan perkembangan anak2.
Usia Blog : 1 Tahun, Bermula Jan 2020
Link Blog : Www.zazaazman8.com
#22 - Marina Bashah
Ibu bekerjaya. ibu kepada 3 anak dara. selalu kongsi mengenai persekolahan anak. tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak.
Usia Blog : 2 Tahun, Bermula Feb 2019
Link Blog : www.marinabashah.com
#23 - Aida Hanafiah
Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.
Usia Blog : 11 Tahun 9 Bulan
Link Blog : https://www.adianiez.com/
#24 - Siti Rohaida
Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan,kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.
Usia Blog : 11 Tahun, Bermula 2010
Link Blog : https://kisahsidairy.com
#25 - Norhana Rosmida
Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak..
Usia Blog : 14 Tahun, Bermula 2017
Link Blog : www.hannamaruku.com
#26 - Sharina (opzzpinky)
Ibu kepada sepasang anak, edan eshal, dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.
Usia Blog : 11 Tahun, Bermula Sept 2010
Link Blog : www.opzzpinky.com
7 Comments
Salam meksah, terima kasih selitkan kita di situ. moga terus sukses ye
ReplyDeleteSama-sama sis awa.. amin..
DeleteAlhamdulillah..hebat-hebat semua.
ReplyDeleteTahniah. Semuanya hebat² belaka
ReplyDeletehi Meksah...kita singgah petang kat sini
ReplyDeletewahh semua blogger best2..
ReplyDeletesakit kepala
sakit belakang
cara menghilangkan sakit kepala
Hi , terima kasih banyak2 sudi share senarai blogger mommy yang best2. terbaik!
ReplyDeleteDapatkan flavour tempatan di Suci Harum.