Pengalaman Pertama : Setelah 2 Tahun anak Belajar di Tadika Pintar Al-Quran Dibawah MUIP Pahang, 

Alhamdulillah Akhirnya dia berjaya mencapai Perubahan yang kearah lebih baik.

Sekarang, 2025 nak masuk Tahun 1 pulak. Sebagai Ibu sedikit khuatir dengan perubahan kepada 

Pembelajaran Formal. Semoga Anak kecik nie berjaya tempuhi. Mahu tak risau ye tak.

Semasa Taklimat, Banyak input yang belajar sebagai ibu bapa. Makanya, akan berusaha membantu budak 

kecik seorang ini untuk lebih berjaya mengadaptasi dengan sekolah baharu, guru baharu, suasana baharu, 

rakan-rakan baharu.

Banyak jugak ya checklist senarai yang perlu diberi perhatian, Esok dah nak mula sekolah, semoga 

semuanya okai-okai sahaja. Amin2...
>

0 Comments