Bagaimana Tiga Langkah Lengkap Memulakan Blog di Blogspot Pada Tahun 2020 - Meksah.com
Cara yang Lengkap memulakan Blog di Blogspot pada tahun 2020
Hi pembaca setia Meksah, anda sihat-sihat?. Terima Kasih kerana anda sudi membaca entri panjang Meksah kali ini yang bertajuk "Bagaimana Cara Lengkap Memulakan Blog di Blospot". Bagaimana Meksah memilih untuk berkongsi dengan anda tentang cara memulakan Blog di Blogspot adalah kerana, Meksah tahu, ramai yang masih mencari ruang dan peluang untuk menjadi Blogger berjaya. Oleh itu, marilah membaca isi kandungan Meksah sediakan, mudahan Meksah dapat membantu anda sedikit sebanyak.
Langkah - langkah ini diperlukan untuk memulakan Blog di Blogspot :
Langkah Pertama :
Sejujurnya Langkah yang pertama ini wajib dilakukan oleh anda sekiranya anda ingin memulakan blog di Blogspot. Iaitu, Membina Akaun Email dengan Gmail yang disediakan oleh pihak Google, kerana Blogspot juga merupakan produk daripada Pihak Google. Oleh itu, dengan mudahnya anda boleh Bina Akaun Blogspot dengan Email Gmail yang sama. Mudah Kan?
Ini Untuk Anda Log Masuk Selepas Buat Akaun : Ini Untuk Anda Buat Akaun Google Anda :
Tips untuk anda Membuat Akaun Gmail anda. Sekiranya ini merupakan email pertama anda, sebaiknya anda membuat email yang mengandungi nama anda yang sesuai di dalam email tanpa ada nombor.
Contohnya Email Meksah ialah : n.aisahashim@gmail.com
atau nama anda ialah Aisy Rizqi : jadi anda buatkan aisyrizqi@gmail.com
Kenapa ? Kerana, email anda yang mengandungi nama anda ini akan kelihatan profesional, dan jika anda ini adalah pelajar di peringkat pengajian tinggi, wajar anda mula bina email dengan nama anda. Nanti ia akan mempengaruhi untuk permohonan kerja, biasiswa dan lain-lain urusan profesional. Ini hanya tips dari pengalaman Meksah sendiri. Tips ini biasa - biasa sahaja.
Langkah Kedua :
Mula Log Masuk Akaun Gmail anda di Blogspot dan Bina Blog Pertama anda sekarang di sini.
Jika anda rasa sedikit keliru bagaimana, anda boleh lihat Video Ringkas di sini :
Anda boleh sama ada Log Masuk di Gmail dahulu ataupun tekan button Log Masuk di Blogger.com dan kemudian isi maklumat email Gmail dan anda terus boleh Mulakan Blog Baru anda di sana.
Apa yang perlu anda Lakukan setelah anda berjaya Log Masuk ke Blogger.com?
Di sini Meksah kongsikan beberapa Tips supaya anda tidak terlepas pandang untuk kemaskini Blog Baru Anda Ya.. Antaranya ialah :
Senarai Fungsi di sebelah kiri anda:
Anda Perlu Klik Settings dahulu :
Tips :
1. Ubah Title : Anda letak Tajuk Blog anda di sini. Contohnya : Blog Masakan Aisy, Blog percutian Aisy, Blog Fotografi Aisy dan lain- lain idea yang menarik minat anda.
2. Favicon : Jika anda Perasan, ada Logo Blogger di Website Anda, Ia dinamakan sebagai Favicon.
Logo Blogger itu dinamakan Favicon.
Jadi, di sini Meksah kongsikan dimana anda boleh ubah Favicon anda dengan Logo, ataupun Gambar yang anda Mahukan untuk website anda. Anda Boleh Klik Di Sini. Jadi apa lagi? cepat - cepat tukar Favicon anda.
Seterusnya Anda Boleh Turun Kebawah lihat Settings yang lain:
Antaranya ialah Custom Domain.
Jika anda hanya ingin menggunakan Demomeksah.blogspot.com , anda tidak perlu mencari dan membeli Custom DOmain yang lain. Namun begitu, sekiranya anda memerlukan Laman Blog yang prefesional, sebaiknya anda Mula mencari nama DOmain yang sesuai untuk Blog Baru Anda.
Contohnya Meksah: Meksah.com Sahaja. Mudah kan?
Seterusnya Meksah cadangkan anda menukar Time Zone Anda Kepada Kuala Lumpur, mengikut Waktu NEgara KIta. DI sini Meksah kongsikan sebelum dan selepas menukar TIme Zone.
Sebelum :
Selepas :
Setelah Selesai bahagian Settings, Meksah cadangkan anda ubah Theme anda.
Sebab Meksah mencadangkan anda ubah theme anda adalah kerana bagi membantu anda untuk menjadikan Blog anda tampak lebih profesional dan bersih serta digemari oleh Google.
Anda nak tahu di mana je Meksah dapatkan Theme untuk Blog Meksah? Meksah hanya pergi ke Website ini iaitu : Template Blogger Percuma
Di sini Meksah Kongikan Tips untuk anda Menukar Theme sekiranya Anda ingin menggunakan Theme Percuma yang Meksah kongsikan.
Jika anda perasan pada imej di atas ini, Theme Meksah yang awalnya telah menggunakan Comtempro Light Theme daripada Blogger. sekarang Meksah nak cuba Theme Lain di sini .
Jadi selepas anda Download File Theme Pilihan Anda:
Klik butang Download seperti Gambar Bawah
Seterusnya anda harus Extract File yang anda Download seprti gambar di bawah ini :
Kemudian anda buka Folder yang telah di Extract itu:
Pilih File Yang "Type XML Document" ya..
Kemudian di Blogspot, Anda perlu Klik Butang 3 Titik seperti gambar di bawah:
Kemudian anda perlu pilih "Edit HTML"
Selepas Klik, Akan Keluar Laman Kod WEbsite Seperti di Gambar DI bawah :
Jadi, Anda Harus Tekan di dalam Kod yang banyak tu dengan Step2 ini:
"CTRL+A"
Kemudian "CTRL+D"
Nanti dia akan Clear Kosong Seperti ini:
Sekarang apa? hehe..
Jadi Pergi Ke Folder Theme yang anda Download Tadi,
Klik Kanan Mouse di FIle "XML tadi dan Pilih Open With Notepad" seperti Gambar di Bawah.
Sekarang akan Keluar Notepad dengan Maklumat Kode Website Fabster itu seperti Gambar Di bAwah ini:
Apa yang anda perlu lakukan, ialah COpy semua kod dan tampal Balik di Blog tadi.
Cara COpy ialah
"CTRL+A" - PIlih Semua
"CTRL+A" - PIlih Semua
"CTRL+C" - COpy
Kemudian pergi ke Blogger tadi, dan "CTRL+V" - PAste
Jadi paste di BLogger jadilah seperti gambar di bawah ini :
Jangan Lupa tekan Butang "SAVE" ya...
Jadi, boleh lah anda Klik BUtang View Blog akan keluarlah LAman Blog ANda seperti ini:
Langkah KeTiga :
Apa yang paling penting untuk memulakan Blog Yang Lengkap ialah , KONTEN PENULISAN BLOG ANDA. Saya cadangkan anda mula belajar untuk membuat perkongsian Dengan KOnten yang boleh menarik minat pembaca pada Blog anda.
Konten sebenarnya boleh mempengaruhi tahap profesional Blog anda, jadi saya sarankan anda Menjaga Kualiti KOnten Blog anda supaya anda boleh membuat Blog yang lengkap di Blogspot.
Sebelum Meksah Lupa, Meksah nak kongsikan Laman Website yang kerap Meksah GUna untuk agmbar - gambar, iaitu di SINI. Tidak Rugi jika anda belajar di Laman Ini. SELAMAT MAJU JAYA.
Oleh itu, Saya sekian sahaja perkongsian hari ini. Meksah berharapa anda faham, jika tak faham anda boleh respons di komen dan sekiranya memerlukan pendapat juga boleh bertanya.
Terima KASih kerana membaca Blog MEksah dan berharap ia dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda.
BYe, JUmpa lagi di nukilan seterusnya.
>
0 Comments