Salam Sejahtera keatas kamu pembaca setia di Meksah.com. Hari ini meksah ingin berkongsi sedikit pengalaman yang meksah lalui sepanjang minat meksah kearah digital. Pengalaman ini adalah berkaitan Domain Provider (Pembekal Domain) kepada individu yang berminat untuk membeli nama Domain yang hanya akan ada satu dalam Dunia ini. Kenapa?

Apa itu Domain?

Untuk makluman anda, Domain ini dalam bahasa ringkas adalah satu alamat menuju ke suatu Website. Contoh Mudah ya, seperti alamat Rumah kita yang sekarang ini. Alamat tidak mungkin akan sama bergantung kepada Nombor rumah, nombor jalan, Nama jalan, Nama kampung, Daerah, Negeri dan Negara. Betul tak?

Jadi itulah Fungsi Utama Domain, dimana ia merupakan satu alamat untuk digunakan supaya orang lain boleh melihat apa sahaja jenis bentuk Website tertentu. Contohnya, Blogging, Ecommerce, Listing Pekerjaan, Listing Sewa Rumah, Listing Kereta Sewa, dan banyak lagi bentuk sesebuah Website tersebut.


5 Domain Provider yang terbaik dan bagus di Malaysia

Sebelum anda lihat lebih lanjut Pembekal Domain yang terbaik dan bagus di bawah, Meksah cuma ingin kongsikan bahawa harga-harga Domain adalah merupakan harga kawalan yang mana kalau anda pergi dari satu website ke satu website jualan domain, yang membezakan ialah Promosi tahun pertama sahaja, Harga untuk tahun selanjutnya adalah Sama. Ada pembekal Domain di senarai bawah ini merupakan agen jualan, dan ada juga saya kongsikan ia adalah pembekal utama domain di Malaysia. Jadi apa anda tunggu lagi? Jom Baca lebih lanjut di bawah.


5. Godaddy.com

Godaddy.com antara Pembekal yang Memang terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Dunia. Harga yang diberikan agak berpatutan, namun ada sesetengah harganya sedikit mahal jika anda tidak perasan. Tapi Godaddy.com masih bagus untuk dibeli.


4. Namecheap.com

Namecheap ini sebenarnya memang mendapat permintaan kerana setting nya mudah dan servis nya bagus. Namun segala komunikasi adalah dalam English. Jika anda kurang mahir dalam English, anda boleh melihat PRovider selain Namecheap dan Godaddy. Namecheap memang sebenarnya antara Domain Provider yang harganya murah daripada provider lain. Jika anda berminat, Namecheap memang menjimatkan sebenarnya. dan Meksah memang pakai namecheap antara domain meksah ada.


3. Hostinger.com

Hostinger ini memang antara pilihan kedua Meksah, kerana mereka ada servis chat yang cepat dan pantas dan juga boleh berbahasa. Namun customer servis mereka adalah dalam sedikit Bahasa Indonesia. Biasa Meksah akan komunikasi dalam English je. hehe.. Tak berapa nak faham sangat dialek Indonesia kalau banya sangat soalan dan jawapannya tu. hahah... so senang term dalam ENglish semua orang faham.. Ni tak dah macam AYam dengan Itik lah Meksah dengan mereka kalau tanya soalan. memang lama nak settle. hahhahah,... adoi lah.. memang kelakar pun ada kadang-kadang tu.



2.  Exabytes.my

Exabytes ini Meksah baru kenal baru-baru je dalam setahun macam tu. Meksah pernah berurusan dengan Exabytes, dan harga exabytes memang antara harga yang berkualiti. Maksudnya sebarang khidmat yang mereka sediakan dari penjualan Domain ke Penjualan Hosting merupakan penjualan yang berkualiti sesuai dengan harga yang diminta. Meksah pernah cuba tapi setahun yang lalu masa test belian DOmain.My , tapi selepas itu Meksah jumpa provider .My yang utama di Malaysia. Exabytes banyak memberi harga promosi kepada pelanggan-pelanggan namun Meksah memang setia dengan Provider .My yang utama.


1. Mynic.my


Bagi anda yang berminat ingin ada Domain .MY yang hanya satu dalam Malaysia, Kena rembat dengan Mynic, Kerana mereka merupakan provider utama untuk penjualan DOmain.My di Malaysia. Harga memang berpatutan dan DOmain dia memang laju. Kerana untuk pembelian DOmain, anda perlu ambil kira faktor Server dan Jarak Server ke pelanggan anda. COntoh anda beli dengan Mynic, server Mynic adalah di malaysia. Jadi Pelanggan anda adalah di kalangan rakyat Malaysia, justeru itu ianya sangat membantu agar Jaluran pergerakan Ia Pantas dan Laju. 
Jika anda beli dengan Godaddy, Namecheap, saya akui memang ada sedikit kurang laju. Jika anda dah biasa anda akan nampak perbezaan seperti mana saya nampak lah.. hehe..
Jadi jika anda sekadar mencari pelanggan area Asia, sudah cukup Pilihan  No 1 dan No 2.





JIka anda ada sebarang pertanyaan atau inginkan pendapat, boleh tanya je Meksah di saluran Profile Meksah.
*Minta maaf jika ilmu dan pengalaman yang dikongsikan adalah biasa-biasa.

Selamat Berbahagia Semua Pembaca ya!





0 Comments