Adsense : Aktifkan Kod Ads.txt di Blogspot


Pengenalan

    Assalamualaikum wbt, kepada pembaca Meksah yang kasihi. Serius terlalu lama Meksah menyendiri sebab serius tak sempat nak update draft-draft karangan yang sudah banyak terbuku dalam Post yang belum di publish. Aduhai.. haha... 

    Dalam seminggu lepas, Meksah kerap menerima notifi daripada pihak Google di Email Meksah, memaklumkan Trafik yang Meksah terima. Alhamdulillah pada 8 Jun 2021 Meksah berkesempatan buat checking semua email yang diterima. Akhirnya terkejut melihat trafik agak tinggi bagi Meksah capai. Walau sikit bagi orang lama yang dalam dunia Blogger, bagi Meksah ia memang banyak dan tak percaya boleh capai. 

    Kemudian Meksah telah melihat balik bahagian Earning dalam Blogspot. Meksah cuma pakai Blogspot sahaja. Bila Meksah melihat Bahagian Setting Earning, Meksah teruja sebab sepertinya sudah boleh memohon Adsense. wow... Jadi Malam tu jugak Meksah meneruskan niat mencuba Request Adsense untuk Blog Meksah.com. 

    Meksah cuma menjangka ianya pasti lambat respons kerana situasi Covid-19 ini. Namun jangkaan Meksah meleset. Pada 5pm 9 Jun 2021, Meksah menerima Email Mengatakan Meksah telah.....

Your site is now ready to serve ads on AdSense

Yeayyyyyyyyyy Yeayyyyyyy! Alhamdulillah....

Belum Sempat Meksah.com meraikan Setahun Ulang Tahun dari 2020 hingga 2021 ...

Terkejut sangat! Terima Kasih Google Sebab percaya pada Meksah.com. Meksah.com akan memastikan kepercayaan ini akan dijaga dengan baik. Mudahan...


Ads.txt Warning


Earnings at risk - You need to fix some ads.txt file issues to avoid severe impact to your revenue


     Di sini bermulanya kepeningan... ahhahaha... Cuba Bertanya Mentor Sis Hawa. Macam mana ni nak selesaikan masalah ini. Cuba jugak Godek - Godek, mak aihh susahnya nak jumpa. Akhirnya chat Sis Hawa, cara menyelesaikan dan kemudian Sis Hawa bagi panduan dengan berikan 3 Url yang menunjukkan langkah-langkah menyelesaikan isu ni.

    Terima Kasih sebab bantu Meksah. Jadi Hari ini Meksah nak bantu korang lak. Nanti korang dah lulus Google Adsense, Mai sini refer balik Meksah untuk Cara meletakkan Ads.txt di Blogspot. Carian yang Meksah pernah usahakan dua tiga hari lepas, memang cuma jumpa cara meletakkan di Wordpress. Tak jumpa dekat Blogspot. huhu..

    Mudah je cara nak letak Warning Reminder ni, warning ni memang adalah permulaan bila kita dah lulus Google Adsense. Memang begitu konsep dia dan kita boleh selesaikan kejap je.. JOm JOm....


Langkah - Langkah meletak Kod Ads.txt

  1. Buka web Adsense, dan Copy Kod Pub-Nombor anda.
  2. Pergi ke blog anda melalui Feature blogspot.
  3. Pilih menu Setting Kemudian Pergi Bahagian Monetization.
  4. Klik Enable Custom ads.txt
  5. Download Kod ads.txt yang telah disediakan oleh Google adsense, dan Copy, kemudian Paste ke bahagian Custom ads.txt.
  6. Kemudian Save Ye..

Sekarang anda cuma perlu menunggu hingga Google Adsense tidak lagi mengeluarkan Warning Reminder di Web Google Adsense.

Simple , Mudah.. Yeay..!

Jomlah Ber-blog dengan Blogspot.. ..

Jumpa lagi di artikel seterusnya...

Moga memberi manfaat..

>

0 Comments