Rahsia Berjaya Lulus Adsense Dalam Tempoh Satu Tahun | Meksah.com |


Salam Sejahtera kepada pembaca Meksah. Hari ini Meksah ingin berkongsi Sedikit pengalaman Meksah berjaya Memohon Google Adsense dalam Tempoh Satu Tahun. Meksah Akan kongsikan sepintas lalu secara ringkas. Jom baca lebih lanjut.

Gmail

Ini merupakan Langkah pertama Meksah semasa ingin memulakan Blog. Meksah membina Akaun Gmail yang unik berdasarkan nama Meksah agar proses di kemudian hari adalah mudah dan tidak bercampur dengan hal lain. Bermaksud fokus kepada Blog sahaja. Selesai membina Akaun Gmail, Meksah terus menyambung ke seterusnya.


Blogspot

Kemudian Meksah Membina Akaun bersama Blogspot dengan hanya Menggunakan Gmail yang dibina. Blogspot ini Diperlukan kerana ia di ibarat sebagai sebuah Hosting.

Anda tahu hosting tu apa? Hosting ini perumpamaanya ialah, seperti anda menyewa sebuah stor untuk meletakkan barang2 jualan anda. Inilah Hosting, dan Blospot ini bertindak sebagai hosting dan Ianya Percuma!

Nak tahu kenapa Meksah hanya guna Blogspot? Hanya kerana, semua Post yang dihasilkan di blogspot, ianya mudah mendapat trafik daripada Google Search. Jika anda berminat guna hosting selain Blogspot, pastikan anda mahir dalam teknikal. Jika ingin Meksah huraikan, memang tak sempat. Jika berminat boleh email Meksah ye.

Domain

Domain ini merupakan satu identiti diri kita untuk Blog kita. Domain Spesifik ini penting untuk Branding Blog kita agar nampak lebih sistematik dan Profesional. 

Domain ini perlu berbayar Setahun sekali, Dua tahun sekali Terpulang kepada anda nak berapa tahun sekali. Murah sahaja tidakla semahal mana.

Meksah menggalakkan anda untuk memiliki DOmain khusus kerana ia nampak Menarik dan terpesona, aha.. contohnya Meksah.com , Muzlina.com dan lain2 domain lain.


Theme Blog

Theme Blog untuk Blogspot ini sangat murah sahaja. Banyak website-website Yang Menjual Theme Blog Yang Murah.

Bagi Meksah, memakai Theme Blog Premium ini lebih baik kerana ia kurang Bugs. 

Namun jika ingin edit untuk kehendak deaign kita, anda harus pandai serba sedikit Code Basic simple je untuk Edit Blog Theme Anda ya.

Nanti Meksah sharing Details tentang Theme dalam Next Article.

Ini Sahaja yang Meksah Kongsikan, nantikan Part seterusnya apa yang harus anda lalukan untuk Lebih Cepat berjaya Memohon Google Adsense.

Jumpa Lagi.. 😆
>

0 Comments