Bagaimana anda boleh memulakan hasil daripada Adsense 2021 (untuk Newbie dalam Blogging)

Pengenalan

Selamat datang lagi sekali pembaca Meksah di ruangan pada kali ini. Meksah ingin berkongsikan informasi berkenaan Adsense. Adsense sebenarnya sudah diketahui ramai di dunia ini, dan ia merupakan Alat yang paling berharga di kalangan Penulis dan Pemilik Website. Kerana Adsense mampu membantu sesebuah website itu untuk menambah Kewangan seseorang pemilik tersebut. Namun, hanya website yang bersesuaian sahaja yang Adsense akan pilih untuk di iklankan di sesebuah website.


Isi

Menjadi seorang penulis lebih mudah melalui Blogging. Daftarlah di Blogspot supaya anda juga boleh memulakan blog secara Percuma. Semuanya telah disediakan secara percuma, Modalnya ialah Gaya Penulisan anda yang akan menentukan anda terus ke hadapan. Untuk Makluman anda, ramai di dunia ini memiliki Gaya Penulisan yang bagus dan baik sehinggakan mereka boleh pula membuat servis penulisan kepada yang ingin mendapatkan Trafik View. Sepanjang Meksah fokus di blogging ini, ia memang memakan masa pembelajaran dan pemahaman. Tapi kenapa tidak anda bukan? Jomlah sertai dunia blogging.


Tiga perkara utama sebagai Penulis Adsense

Keyword

Pertama sekali, anda perlu pelajari tentang keyword. Kenapa keyword sangat penting?.. kerana keyword boleh membantu menaikkan PageView Blog anda. Anda boleh menggunakan keyword itu dengan mencari perkaitan dari segi Lokasi, persoalan, atau Subjek utama penulisan yang ingin anda mulakan.
Pastikan anda menggunakan Keyword Search yang boleh membantu anda. Banyak keyword search yang ada di Online sekarang, ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Anda yang type Keyword Search di Google Search Engine, mesti anda jumpa ya.


Gaya Penulisan

Seperti yang sudah Meksah maklumkan, gaya penulisan adalah sangat perlu apabila anda ingin menulis artikel. Jangan Buang Masa Muda anda lagi, dan teruskan belajar menulis untuk masa hadapan anda. Pastikan keyword search anda itu ringkas dan padat serta mempunyai banyak informasi yang bersesuaian dalam sesebuah artikel.


Blog yang berkualiti

Pilih Tajuk utama BLog yang sesuai dengan diri anda. Lihat dahulu pengalaman anda banyak ke arah mana, dan usahakan berkongsi pengalaman anda untuk dijadikan panduan atau hala tuju kepada orang lain. Kerana semua tidak mempunyai pengalaman yang sama, oleh itu ada sesbuah blog dia mahir dalam dunia Insurans, ada yang mahir dalam dunia automotif, ada yang mahir dalam dunia kewangan dan sebagainya. 

Pastikan anda memiliki Niche yang bersesuain dengan diri dan jiwa anda supaya anda boleh mengarang dan gaya penulisan anda sangat cantik semasa anda menulis ya.


Akhir penulisan

Lebih banyak skill, stail, dan teknik yang perlu anda pelajari sbelum anda serius dengan dunia blogging. Ada individu sambil buat sambil belajar, ada yang belajar dulu baru buat. Pilih yang mana bersesuaian dengan diri anda dan pastikan Sentiasa Bahagia dan Gembira ya!

Jangan hilang FOKUS kerana, ia merupakan satu titik anda berjaya dalam dunia penulisan ataupun tidak. Jika anda berjaya dan penulisan dan boleh menarik Organik view, tahap itu anda sudah boleh membuat servis kepada sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan Produk atau servis mereka dengna menggunakan KHidmat anda. Kerana mereka tidak perlu lagi membuat pengiklanan yang mahal.

Sekian sahaja, FOkus dan selamat Maju Jaya!

Meksah.com

>

0 Comments