Antara Aktiviti Riadah yang boleh dilakukan bersama keluarga di Taman Tasik Bandar Kuantan sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan 2020 ialah Paddle Boat di Tasik Taman Bandar            | Meksah.com |


Pusat Rekreasi Air di Taman Tasik Bandar Kuantan menjadi Tumpuan Terkini.

Assalamualaikum w.b.t , dan salam sejahtera kepada  pembaca Meksah.com. Hari ini Hujan Lebat betul di sekitar Kuantan, Pahang. Sekitar 3.30pm hujan renyai dan mula berhenti, jadi Meksah dan keluarga cepat-cepat bersiap keluar nak pergi cuba Paddle Boat yang kini mula menjadi tumpuan di kuantan.

Dalam 3.50pm kami sampai di Taman Tasik, orang tak ramai lagi masa ini, tetapi FunBoat Taman Bandar dah beroperasi. 

JIka di lihat pada Poster Bunting Mereka, Waktu beroperasi ialah 9 pagi hingga 6.30 petang. Harga Tiket hanyalah RM 10 untuk satu Paddle Boat ( 20 minit ).

Kami tadi naik bertiga, selepas memakai jaket keselamatan, kami terus ke kawasan naik Paddle Boat, Kami antara terawal tadi. Tak lama kemudian dah makin ramai menyusul naik Paddle Boat!

Sekitar 4.45 petang, kami terus balik sebab orang dah makin ramai, kami pun cepat- cepat balik nak elak orang ramai. 

Taman Tasik Bandar Kuantan memang Cantik dan Indah dengan dipenuhi Pokok-pokok.. Relaks lepak-lepak dan boleh bawa anak-anak bermain di kawasan fasiliti untuk kanak-kanak. Buat masa ni fasiliti semua sangat bagus.

Mana - mana yang berjalan ke kuantan, Jomlah SInggah ke Taman Tasik Bandar Kuantan!




0 Comments