Isu semasa di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t , kepada pembaca di Meksah.com. Alhamdulillah walsyukurillah lagi sekali kita masih bernyawa dengan izin Allah s.w.t. Bagaimana Dengan Aktiviti Harian anda kini dan lagi sebulan dua bulan kehadapan? Sudah banyak rancangan? , Sudah banyak harapan dan Impian?... Semoga Dengan apa sahaja Yang sedang diusahakan Oleh pihak Kerajaan Pada Waktu ini, Moga ianya bermanfaat kepada semua Masyarakat untuk Suatu Tempoh yang panjang dan mendatang. Tercoret pula Isu Semasa yang terjadi hari ini.

Kumpulan Resepi kek cheese Mak Azlina Ina @ Mak Ina

Okay, Hari ini Meksah berminat nak Kumpulkan semua Resepi Kek Cheese Mak Azlina Ina @ Mak Ina dalam satu Blog Post ini untuk sedikit membantu Rakan kenalan Meksah.com yang sudi membaca coretan Meksah. Tujuan utama ialah, memudahkan semua resepi dalam satu blog post. Jom Baca lebih Lanjut.



Resepi Kek Cheese Mak Azlina Ina @ Mak Ina Edisi 2020

1. Kek Cheese Lava Hantu Viral ( Edisi Revise Resepi 2020 )

Source : Fb Azlina Ina Fans

Mak Ina cakap, Resepi Beliau sama je dengan apa yang telah beliau buat jualan. Jadi Beliau punya inspirasi utama ialah ingin memastikan ramai diluar sana juga berjaya membuat jualan seperti beliau sekarang ini. Tahniah Mak Ina @ Mak Azlina Ina. Anda Seorang yang memang sangat-sangat humble dan hebat. Jom Baca Resepi di Bawah.

Bahan-bahan yang anda perlu ada:
6 biji telur
1cawan gula halus
1sb ovalate
1sk esen vanila
1 sk emolco coklat
1 sk emolco capucino
Mix bahan2 di atas sampai agak kembang elok

Bahan-bahan di bawah ini perlu di ayakkan : 
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
Sedikit garam halus
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat*

Bahan-bahan Lain:

1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

Seterusnya , Bila bahan mix td dah kembang, masukkan 1cawan susu pekat dan masuk kan 1 cawan minyak masak. Kemudian Perlahankan mixer. Kemudian masukkan bahan-bahan ayak tadi. Selang Seli dengan air panas 1/2 cawan..done

Panaskan kukusan dan kukus api besar 10 mnt hngga 15 mnt untuk bekas sq 450.


Mak Ina Cakap, Sukatan ni akan dapat:
15-17 untuk sq 450 kukus 15 minit
4 bekas untuk size sq1500 kotak kukus 25 minit
2 bekas untuk size sq 3000 besen kukus 30-35 minit


Mak Azlina Ina Juga Kongsikan Cara Buat Topping :


500g punye sukatan cheese
ok bahan2
500g cream cheese
1/2 tin susu pekat
1 cawan whipping dairy
1 cawan susu segar kalau nak cair sket tambah lg susu segar ya
blender sebati

1kg cheese boleh dapat?
14 bekas sq 450
2 bekas sq 1500 petak
1 bekas setengah bekas besen

Ganache melting better buat awal sket
350g coklat compound dark beryls patah2 kan
100g milk compound patah2 kan
1 cawan 1/2 whipping cream
3 sudu majerin
panas kan dan whisk kan smpai semua cair


Untuk Bahagian Lava Pula Begini langkah-langkahnya : 


1sb serbuk oldtown white coffee hazelnut plus sedikit air panas kacau smpai larut

sambil tu siap kan topping dia dulu
ok topping cheese leleh
1kg cheese tatura
1 tin susu pekat
2 cawan whipping dairy
1 cawan 1/2 cawan susu segar
blender semua
Sekarang Bahagian Topping :
Tuang atas kek tadi, cheese Blender td cucuk2 sket pakai garfu...
Lepas itu letak tompok-tompok ganace dan campuran oldtown td tu dan buat kan corak ..

Ambil sebahagian dalam 1 cawan cheese dah di blender td plus kedalam white coffee larutan td dan plus 3sb ganace boleh kacau-kacau kan

Dah Siappp..! Tengah Buat Ke tu? Semoga Sukses!


2. Kek Cheese Milk Vanilla ( Edisi Resepi 2020 )

Source : Fb Azlina Ina Fans

Resepi Nombor dua dari Mak Azlina Ina @ Mak Ina ialah, Milk Vanilla Cheese. Jom lah baca dan buat..! aha!

Bahan2
5 bijik telur
1 cawan gula kastor
1sb ovalate
1sk esen creamy vanila
Mix kan smpai kembang gebu
1/2 cawan minyak masak


Ayak kan 2 cawan tepung gandum(220g)
1sk baking powder+1sk soda bikarbonat+1sk cream of tartar

Masuk sikit2 tepung selang dgn minyak ye smpai sebati semua
Dgn sudu masukkn 5 sb susu segar
mix 2 minit matikan mixer
last Kaup balik shaja..ok bile dah sebati boleh la masuk dalam bekas sq 350
kukus 8 mnt api besar


Topping
1 tiub tartura cheese 500g
1 cawan susu pekat
1 cawan whipping dairy
1 cawan 1/2 susu segar
1 sk esen pisang
Blender atau mixer bagi sebati
Kalau nak dpt kan leleh sket boleh tambah kan susu segar
lorek kan nutella /coklat spread


3. Kek Cheese Pandan Cheese Indulgence ( Edisi Resepi 2020 )

Source : Fb Azlina Ina Fans

Mak Ina beritahu, bulan Oktober ni, permintaan Kek ni paling tinggi, jadi Seperti Biasa, Mak Ina @ Mak Azlina Ina, sentiasa berkongsi resepi Jualannya. Mak Ina memang sentiasa humble dan hebat. Alhamdulillah.. Jom baca Resepi baru ini jom..

Resepi nya:
- 5 bijik telur
- 1 sb ovalate
- 1sb emolco PANDAN COCONUT (mesti ade tulisan ini wajibbbb )
- 2sk pewarne hijau epal(kene warne ini baru sama macam warne cikgu)
- 1 cawan gula halus(200g)
*ok mix sampai gebu maksudnye dari warne hijau- pekat bertukar jadi warne hijau pudar dan adunan jadi pekat dan gebu.


Ayakkan:
- 2 cawan tepung gandum (220g) jenama cap ros atau bakers choice
- 1 sk baking powder
- 1 sk cream off tartar
- 1/2 sk soda bikarbonat


*bila dah gebu tadi slowkan mixer dan masukkan:
- tepung sikit-sikit ye berselang dengan
- 1/2 cawan minyak masak.


- Masuk dalam bekas sq 450/350 1/4 bekas,so bile dikukus akan naik jadi 1/2 bekas ruang setengah bekas lagi adalah cheese nye.
- Panaskan pengukus dan kukus 10 minit.Pastikan permukaan bekas kek tadi ditutup dengan plastik wrap sebelum kukus.Tebalikkan kek lepas masak.


Bahan-bahan :
- 500g cream cheese tatura /dairyland wajib suhu bilik
- 1/2 tin susu pekat jenama saji atau dairy champ
- 1 cawan whipping jenama amborg atau shani
- 1 cawan susu segar jenama marigold atau ducth lady
* (kalau korang tak nak pekat sangat boleh tambah susu segar lagi ye ikut citarasa korang.)
sejuk kan beku 1-2 jam


Topping nya ganace dia
ganace
300g dark compound beryls
1 blok 250g cadbury
2sb majerin
2 cawan whipping dairy
masuk loyang dan masuk oven atau pengukus
whishkan dan biakan sejuk
tuang atas kek yg dah sejuk beku kemudian lorek nutella dan tepi2 crumble dr lebihan kek pandan td.


4. Kek Cheese Leleh Mangga Viral ( Edisi Resepi 2020 )

Source : Fb Azlina Ina Fans

Aha! Top Resepi Kek Mangga Viral dari Mak Azlina Ina @ Mak ina , Anak mak ni ada Sejuta orang , jadi mak cakap baru-baru ni masih ada yang tercicir resepi Kek Mangga Cheese Leleh Viral ini. Jadi Mak Ina macam biasa sudi kongsikan Resepi dia supaya korang boleh jimat kan. bereh jom tengok di bawah..:


Bahan-bahan : 
5 biji telur
1 cawan gula 200g
1 sb ovalate
1sk pewarne kuning lemon
1sb cordil mangga(nutrifres)
1sb perasa mangga( bakery ade jual)
mix smpai gebu bermula dgn speed perlahan,medium dan hight


Bahan di ayak
2 cawan tepung gandum (220g)
1sk cream off tartar
1/2 sk soda bikarbonat
1sk baking powder
ok dah ayak kan masuk dalam adunan yg di mix td.tambah berselang dgn 1/2 cawan minyak sampai habis.
isi dalam bekas sq 450 60-80g
lapik permukaan bekas dgn plastik wrap
kukus 10 mnt
dah masak tebalik kan


Topping:
500g cream cheese tatura
1/2 tin /1 cawan susu pekat dairy champs
1 cawan whipping dairy royal victoria(250g)
1cawan 1/2 susu segar ducth lady atau marygold(350-375g)
2sb pati sunquick mangga nutrifres
blender semua sebati
tuang atas kek dan cucuk2 pakai garfu
parut cheddar
lepas tu sejuk kan atau beku kan
nak makan atau org beli baru potong kan mangga dadu2
jenis mangga sesuai
mangga susu
water lyly
black gold

Paip kan deco filling mangga bakery ade jua jenama filling xkisah tp paling sedap takat ni puratos Filling. Mak Ina @ Mak Azlina Ina cakap, Fillinf Puratos Paling sedap.
DAh buat ke tu? Wow!



5. Kek Cheese Indulgence Box Melting ( Edisi Resepi 2020 )

Source : Fb Azlina Ina Fans

Mak Azlina Ina @ Mak Ina cakap, Kek ini merupakan antara kek Top Sales, dimana Beliau sampai terpaksa Hold AMbil Order. Mak ina memang sangat humble berkongsi semua resepinya. Jom lah baca, kalau buat jangan lupa sharing dan ucap terima kasih pada mak ina Di Fb Source di bawah tajuk ni ya..


Bahan-bahan:
5bijik telur
1cawan gule halus(200-220g)
1sb ovalate
sedikit emolco coklat

mix smpai gebu

sementara tu ayak
2 cawan tepung gandum(220g)
1sk baking powder,
1/2 sk soda bikarbonat
sedikit garam halus
1cawan serbuk koko

ok bahan yg di mix td dah kembang kan..so masuk kan 1 cawan susu pekat (265g)xnak manis kurg kan sket,dan 1 cawan minyak masak(200g)
ok slow kan mixer dan masuk kan tepung dan 1/2 cawan air panas (100g) beselang dan last kacau sebati

masuk kan dalam bekas sq 450 kukus 15 mnt api besar.
so ade masa sementara tunggu kek sejuk
kite buat cream die duluan...
tp boleh buat awal ganace die ni

1kg
coklat blok beryls dark compound
1 kotak whipping dairy jenama xkisah(1liter)
2sb butter

masukkan dalam pengukus atau oven
dah lembut coklat ambik whisk kacau je done rehat kan die sekurg2 nye smpai die jd agak pekat sket bile bia di suhu bilik

4 sb gelatin halal plus 1/2 cawan air panas tuk campuran cream die kat bawah.Satukan dan kacau bia larut. ketepikan

cream die

500g cream cheese
1/2 cawan susu pekat kalau xsuke manis kurg kan lg susu pekat

mix smpai sebati masukkn 1/2 kotak whiping cream non dairy mak gune vivo sejuk2 suke ade ais2 sket cepat gebu..mix smpai die fluffy gebu.kalau xyakin mcm ni mix asing kemudian campur kan.
gelatin yg dah dicairkan td ambil separuh masukkan dalam adunan td mix atau kacau sebati....dan separuh lg masuk dalam ganace dan kacau sebati

so bahagi dua satu bahagian letak 3sb ganace coklat dan 3 sb nutella serta emolco coklat tuk warne kacau kan sebati

ok bawah bekas isi kek dulu kemudian tuang cream coklat,kemudian lapik kek lg baru cream putih.Sejuk kan dulu dan tuang ganace boleh tabur kan deco ball rice coklat atas die.


6. Kek Cheese Coklat Moist Beryls Melting ( Edisi Resepi 2020 )

Source : Fb Azlina Ina Fans

bahan-bahan A
5 biji telur
1 cawan gula
1sk emolco coklat
1 cawan susu pekat
mix gebu
tambah kan
1 cawan minyak masak
blend lg

Dekat bowl lain atau besen
ayak kan B
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko( resepi ni mmg rich rasa coklat ye)
1sk baking powder
sedikit garam halus
1sk soda bikar bonat
ayak rata tuang bahan A dalam bahan B slow kan mix dan selang2 dengan
1/2 cawan air panas kacau rata

kukus 15 mnt tgk besar mana bekas kalau nak kukus di loyang 40 minit

Ganace die sediakan awal-awal pun bagus juga
1kg milk compound
1 kotak whiping dairy
2sb butter /majerin
double boil atau masuk kan oven atau pengukus
dah tu whiskan dan tambah 2 sb nutella kacau
bia die pekat sekejap
dah nampk likat baru tuang ats kek tadi.


Terima KAsih kerana sudi Luangkan masa baca di Blog Meksah ini ya. Mudahan Kumpulan Blog Post ini sedikit sebanyak membantu anda mengikuti resepi Mak Ina @ Mak Azlina Ina.
Tahniah Mak ina @ Mak Azlina Ina, kerana anda sudah banyak berkongsi resepi dan membantu orang ramai. 

Bye, jumpa di Artikel seterusnya..



Untuk Resepi Menarik Yang Lain Boleh Lihat Di Sini :




Klik sahaja Link di atas untuk membaca  Selanjutnya..



>

0 Comments