Pengalaman Ke Makkah

Berpeluang ke Makkah dua kali menunaikan ibadah Umrah

Alhamdulillah, walsyukurillah.. bila diingatkan kembali bagaimana meksah berpeluang menjejaki ke Tanah Haram seawal usia 20-an. Pada ketika itu, meksah punyai peluang dan rezeki menjejaki Tanah Haram bersama-sama Ibu dan Ayah. Mereka telah menaja meksah dan kami pergi bertiga.

Pada kali kedua, Sekali lagi meksah berpeluang pergi pada usia hampir 30-an, meksah ditaja oleh kakak meksah, dan yang menariknya ketika itu meksah sedang mengandungkan anak pertama.

Pengalaman yang sangat tidak boleh meksah lupakan.

Pagi-pagi ni, meksah teringatkan Makkah, jadi meksah telah buat carian Makkah Live untuk buat simpanan di Blog Meksah.

Salam Maulidur Rasul Tahun 2020.

Terima Kasih membaca ya. 


0 Comments