Credit Photo : Fb: Azlina Ina Fans
Coklat Moist Cheese Leleh Viral Azlina Ina

Hi semua, ada yang pernah makan dah kek Coklat Moist Cheese Leleh Viral dari Mak Azlina Ina?

Mana yang belum berkesempatan mencuba Kek Viral dari Mak Azlina Ina ni, baik korang cepat-cepat ke Kedai yang menjual atau sekarang sudah banyak di Stesen Shell di seluruh negeri. Nanti Kemudian Artikel lain saya kongsikan senarai negeri yang sudah ada produk dari Mak Azlina Ina kita.

Kek ni serius sedap dan Semua Kek Mak Azlina ina memang kek nya sikit, Cheese nya banyakkkkkk!
huhuhu.... oleh itu, Mak Azlina Ina ni sangat pemurah, dia kerap kongsikan Resepi dia untuk korang buat sendiri di rumah ataupun kepada yang berminat memulakan perniagaan di Rumah juga, Apa Anda tunggukan lagi? Jomlah Lihat resepi Kek dari Mak Azlina Ina di sini.



Resepi Coklat Moist Cheese Leleh Viral Azlina Ina 2020

Bahan2 :


3 biji telur
1 sb ovalate
1 cawan gula halus
1 sk esen vanila
1 sk emulco coklat

Mix semua bahan diatas hingga kembang dan Gebu.



1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1sk soda bikarbonat
1 sk garam halus
1 sk baking powder
Kesemua bhn ni diayak bersama. Ketepikan.



1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Masukkan bhn ni kedlm mixer, mix perlahan.



Matikan mixer dan masukkan tepung beselang 1/2 cawan air panas kacau lagi bg sebati.
Masukkan kedlm acuan sebanyak 1/4 Panaskan kukusan dan kukus selama 15 minit guna api besar.
Jangan lupa tutup permukaan dengan wrapping plastic.



TOPPING

500 gm cream cheese jenama tartura
1/2 tin susu pekat 1cawan
1 cawan susu segar
1 cawan whipping cream
blender hingga sebati.
Tuangkan atas kek cucuk2 pakai garfu
Parut cheddar cheese dan tabur atas permukaan kek
simpan di dalam freezer beku



Taraaa.... Dah Siap Ke tu? 

Mesti Sedap kan?, share lah sikit pada Meksah, sebab Meksah memang membeli je, tak membuat... haahahhaa.... 

Okailah, Moga gembira tidur malam ni sebab berjaya buat Kek CHeese Leleh Viral tu. hehe..




Untuk Resepi Menarik Yang Lain Boleh Lihat Di Sini :




Klik sahaja Link di atas untuk membaca  Selanjutnya..



>

0 Comments