Blogspot 2021 Menarik Trafik Yang Cepat Dari Google Search | Meksah.com |


Salam Kehadapan  Hari Minggu Kepada Pembaca Meksah. Hari ini Meksah berkesempatan ingin berkongsi sedikit pandangan Meksah berkenaan Blogspot yang mana Meksah berpendapat Orang - orang baru yang mahu menceburi bidang Blog mungkin masih belum faham apa itu Blogspot.

Permulaan

    Pada permulaan, Blogspot ini dimulakan oleh Pyra labs pada tahun 1999, 23 Ogos. Namun kemudian pada tahun 2003, Google telah membeli Blogspot dan telah memperbaharui Blogspot dari tahun ke tahun yang mana sekarang interface Makin mudah dan menarik untuk pengguna Blogger.

Google Search

    Adakah anda tahu apakah fungsi Google Search? , Google Search ini merupakan Sebuah Website carian di mana ia berfungsi untuk memastikan setiap link di apa sahaja website akan dipaparkan berdasarkan carian pengguna.

    Jika anda perasan, carian berkenaan Page Facebook, instagram, tiktok, telegram, whatsapp, blog dan sebagainya asalkan ia berhubung dengan internet, Google Search adalah tempat carian yang Berjuta Manusia di dunia gunakan untuk mencari maklumat yang di inginkan.

Trafik

    Pengguna Blogger yang menggunakan Blogspot ini tidak memerlukan kemahiran teknikal yang banyak untuk setting bagaimana sesebuah blog post itu boleh berada di Carian Pertama Google. Apa yang perlu anda pelajari ialah teknik menulis untuk memastikan ianya boleh berada di Carian Pertama Google Search.

    Kenapa nak Post berada di Carian Pertama Google Search?

Kerana itulah punca trafik yang tinggi di mana pengguna akan buat pertama kali menekan blog post anda untuk membaca maklumat. Pada pandangan pengguna, apa sahaja website ataupun Page Facebook yang berada di ruangan pertama, bermakna maklumat yang diberikan adalah berguna.

Blogspot

    Fungsi Blogspot ini seperti mana Meksah maklumkan di Post sebelum ini, Blogspot ini berfungsi sebagai Hosting, dimana Ia adalah percuma dan memudahkan tarikan trafik kerana ia merupakan milik Google. Maka sudah tentu tidak sukar untuk berada di dalam carian Google Search, yang sukar ialah cara penulisan dan teknik yang anda guna.

    Hosting ini sebenarnya ada yang tidak berminat dengan interface Blogspot selalunya akan Langgan Hosting di luar. Apabila anda melanggan hosting di Luar, ia ibaratnya anda telah membina rumah yang dari tapak kosong. Maka untuk orang tahu lokasi rumah anda, anda harus mendaftarkn alamat, nak bekalan elektrik kena pergi daftar dan sebagainya. Nanti mudahla posmen ke nak datang, tetamu ke nak datang.

    Hosting yang di bawah Blogspot pula, Tapak dah ada, yang usaha perlu dilakukan hanyalah cara menghias sahaja di mana untuk menarik trafik ke Blog anda. Menghias tu seperti, penulisan anda, gaya penulisan, design website anda yang ringan dan tidak loading terlalu lama. Hal website ringan ni memang perlu anda tahu juga. Ini Penting ye.

Penulisan

    Gaya penulisan ini bergantung kepada anda, cuma Meksah boleh kongsikan, Penulisan yang menarik dan berilmu boleh menarik trafik ke Blog anda, dan anda akan dapat lihat kenaikan trafik dari hari ke hari.


Kemudian nanti Meksah huraikan details lagi ye.

Terima Kasih membaca Blog Meksah hari ini.

>

0 Comments