Meksah teruja memulakan Blogger di tahun 2020.
Memulakan Blogger pada tahun 2020?
Pengenalan
Assalamualaikum w.b.t kepada rakan blogger yang beragama islam, dan Hi kepada rakan Blogger yang lainnya. Alhamdulillah buat pertama kalinya Meksah mula mengarang Blogger!.
Sebenarnya; pada dasarnya, Meksah bekerja Fulltime di Pump Minyak. Namun, atas minat Meksah pada Platform Online, Meksah luangkan masa pada waktu malam dengan belajar sedikit sebanyak apa sahaja kreatif, inovatif segala hal dalam ilmu Online.
Memulakan Blogger
Buat Keputusan NAK JUGAK MULAKAN BLOGGER?
Sebenarnya entah kenapa dah bertahun lamanya tahu pasal blogger ni, Tetapi Jiwa ni memang tak mula-mula, mungkin sebab Malu, tak tahu ape nak cerita, tiada pengalaman. Yerlah, hobi mengarang memang letak tepi. Meksah sebenarnya dari Sekolah Menengah memang minat dengan kreativiti Digital. Bermula dengan Digital Fotografi, dan kemudian kearah kegilaan Digtal Videografi, Lepastu kearah Website, hosting, Sosial Media (Socmed) terutamanya Facebook, Facebook Page, Instagram dan lain-lain teknik dipelajari.
Malah pernah dulu Meksah menerbitkan E-Book, iyerlah minat sangat bagaimana caranya nak jana income secara Online, tapi tak tahu cara market kan e-book, jadi dah hilang kemana file pun tak tahulah, muda lagi masa tu. Haha... sebab Asakan kakak Meksah juga. Dia banyak suruh Meksah Cari ilmu di Online. Tapi Meksah redah redah je.. Tak Pernah Tahu Cara. Banyak sangat tahun Meksah Study, mencuba dan terus mencuba. Modal memang tak ada, muda lagi masa ni.
Namun, ternyata sangat sukar mencari Mentor Wanita dalam Digital ni. Tak apa, Meksah teruskan belajar dan terus belajar, dan dalam masa sama, Meksah Kagum dengan Otak orang lelaki, sebab diaorg memang Power dalam segala hal Digital dan lain-lain. Hebat kan diaorg?
Kenapa Meksah cakap ni? Meksah belajar topik apa-apa pun semuanya majoriti Lelaki, Memang tak jumpa Wanita. Jarang sangat lah. Jadi sebenarnya sebelum memulakan Blogger ni, Meksah dah buat keputusan memulakan jugak Youtube. Sebab yang sama, Meksah rasa dah terlalu lewat memulakan. Jadi Meksah dah mulakan dulu Youtube Sebulan yang Lalu. Jadual Meksah memastikan buat post Video Sekali Seminggu Minimum.
Jadi Blogger? Meksah ni ada Facebook, tetapi sejujurnya Meksah bukan sosialis sebenarnya. Bila ada yang Add Friend, memang Meksah check Perlu ke tak terima. Tetapi..... Ada Kak ni, Sis Awadah dari https://www.sishawa.com/ . Dia add saya.. rupanya sebab pernah lihat Facebook Page saya bina pada agak-agak saya. Masa tu saya Memang nak Bina satu Landing Page untuk Peniaga Online bagi memudahkan mereka Menjual Produk mereka. Pakej masa tu, Landing Page + Theme yang disediakan.
Kenapa Meksah Tak teruskan? Sebab Meksah kena tipu dengan orang yang amek projek Meksah. Sedih Juga, masa ni Meksah Zero Knowledge lagi tentang Website. Meksah lupa lah nak delete Facebook Page tu. Sekarang dah nak Bangkit Balik. Meksah dah tak nak sedih-sedih.
Sekarang alhamdulillah, Meksah dah berjaya miliki Hosting Provider sendiri setelah beberapa tahun lamanya. Meksah mula pun baru sahaja sebab cukup Modal dan Capai target dateline Meksah tetapkan.
Sis Hawa : Saya macam dah kenal Lama ...
Nak dijadikan cerita, saya check lah Sis Hawa ni, siapa dia ni "Add Friend" Pula. Saya check-check.. eh hebat Sis Hawa ni, Blogger wanita pertama yang berjaya saya jumpa. Sebab saya memang tak pernah jumpa wanita dalam Hal-hal digital ni. Jadi perasaaan ingin tahu tu, membuat saya check Profile Sis Hawa sampai lah tak boleh view.. Sebab belum Friend kan. hehe..
Kemudain saya Chat Sis Hawa di Messenger. Sis Hawa Respons saya, kami chat beberapa minit jugalah, saya nak masuk group Sis Hawa dan saya terus Sign-Up Group Biters Sis Hawa. Saya sangat Kagum dengan dia dan saya jadikan dia Idola saya dan saya Akan Follow Rapat-Rapat InsyaAllah.
Ada sesiapa nak jadi mentor saya dalam Youtube? hehe, sekarang tengah belajar youtube dan blogger serentak. Macam tak cukup tangan dah, tetapi Meksah tetap cuba belajar InsyaAllah.
Sedikit maklumat Kelebihan Blogger
Covid-19 : Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac 2020
Kenapa Meksah nyatakan topik di atas?; Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, Meksah masih bekerja kerana bidang kerjaya Meksah ialah Essentials. Pada hari ke-4 PKP, Meksah mula perasan aktiviti Digital memang mula berkembang. Masa ni Meksah sibuk fokus website Digital Meksah. Dalam masa sama Meksah mula sedar Blogger dan Youtube merupakan satu-satunya Platform yang masih boleh menjana income.
Tetapi Meksah tetap tak mulakan kerana Meksah merasakan Google Ads pasti berkurangan ketika itu kerana impak Covid-19 kepada seluruh peniaga di seluruh dunia. Meksah fikir, tak kanlah ada lagi peniaga yang bayar Iklan di Google, jadi bagaimana Blogger dan Youtube boleh jana income tanpa mereka. Meksah tak kaji, iainya hanyalah tanggapan Meksah. Jadi Meksah berhenti fikirkan Blogger dan Youtube.
Namun Meksah silap, sekarang Jun baru sedar yang Blogger dan Youtube tu bagus dimulakan pada waktu tu. Jadi Meksah dah terlewat 4 bulan. Julai pun dah tak Lama dah ni.
Tetapi Covid-19 ini banyak membuka mata Meksah, Allah s.w.t. bagi seluruh manusia di dunia berehat seketika, dan membuka mata beberapa yang lain bahawa kita ni saling memerlukan. Keseluruhan aspek perniagaan dan agensi kerajaan ianya saling memerlukan. Namun ramai boleh berehat dari penat lelah bekerja selama itu kan? dan agak kasihan kepada yang kehilangan kerjaya. Mudahan mereka kuat dan sekarang Kerajaan dan Swasta banyak buka peluang pekerjaan serta mengalakkan pengambilan pekerja. Jadi rebut cepat-cepat yang mana di sekitar ya.
Google Hosting
Kelebihan Blogger ni sebenarnya kita boleh mengarang blog sendiri tanpa perlu membayar lebih. Maksudnya buka Blogger ni Free sahaja. Tetapi Modalnya apa? Modalnya ialah Konten dalam menyampaikan Maklumat penting dan diterima oleh pembaca anda.
Hosting tu apa?
Hosting ibarat Sebuah Rumah yang anda miliki untuk anda meletakkan segala perabot dan alatan yang anda impikan. Jadi inilah Hosting kita, daripada pihak Google.
Meksah suka Blogger sebab dia Pantas, Responsive, dan view cepat pada Mobile view. Jadi jika anda memang orang baru, saya memang sarankan mulakan dengan Blogger. Setting dan segalanya mudah dipelajari, Jika anda rasa sukar, Jom Join Group Biters , di situ Sis Hawa akan respons segala pertanyaan anda dan anda memang tak akan rugi belajar di sana.
Penutup
Terima Kasih sebab sudi baca nukilan pertama Meksah. Meksah minta maaf jika ada kesalahan pada sebarang tulisan di atas ini.
1 Comments
salam kenal meksah.. jadikan ini sebuah permulaan untuk berjaya ya.. goodluck!
ReplyDelete